nuffnang

Sunday, 14 August 2011

Bahan Bacaan

Google Images
Ilmu suluh hidup. Cogankata sekolah rendah aku dulu. Tak tahu bilanya aku suka membaca buku. Tetapi semasa sekolah rendah dulu mmg aku suka ke library pinjam buku cerita. Yg x best seorg murid boleh pinjam 2 buah buku sahaja. Tempoh pinjaman selama 5 hari mcm lama sgt, jadi apa yg aku lakukan, tiap3 hari aku habis baca aku pulangkan terus. hahahahhahaa. Apa yg menarik buku yg best3 aku sorok esok aku ambik pinjam. Bukan setakat buku cerita jek aku baca, yg pastinya balik sekolah aku wajib membaca suratkhabar yg dilanggan oleh famili aku, tp bukan lah baca sgt berita3 hal ehwal semasa masa tu, bukak surat khabar semata3 nak tengok intisari rancangan tv hehehehehe. Curi3 membeli majalah kartun GILA3, sebab apak aku cukup marah beli majalah kartun xtau kenapa. Dan aku jugak baca majalah mak aku, suka sgt tgk resipi & ruangan utk kanak3.

Masa sekolah menengah glamer dgn novel remaja hehehe. tp x mampu membeli terpaksa lah pinjam novel member nak pulak dok asrama, bayangkan lah tunggu turn membaca. kesian empunya novel kan, mcm dah lencun jek novel dia hehehhehee. jenis aku membaca novel lain macam sikit, selagi x habis baca selagi tu x boleh tido? boleh x gitu? hahahahhahaa. Bila dah masuk ke kolej barulah aku mampu beli novel3 & majalah kegemaran aku dgn duit apak & loan belajar...hehehehhee. tetapi yg x best byk novel kegemaran aku hilang dek dipinjam oleh kawan3 yg x reti pulangkan balik. lama ke cepat asalkan pulang xpe ini buat harta terus uh! sungguh sedih, nak beli balik mcm x best dh...lain sikit feel dia huhuhuhuhu. bak kata org yg pertama xkan sama dgn yg kedua walau serupa hehehhehee.

sampai sekarang aku masih suka membaca apa sahaja bahan bacaan lagi3 jika mahu tido, kalau nak tido x membaca sehelai dua muka surat lain mcm jek rasa, mcm x lena...tetapi awas...kalau suruh baca novel cinta jiwang3 sekarang ni aku dah x boleh layan, kecuali novel ramlee awang mursyid. apa pun baca tetap baca... bacalah!

Antara bahan3 wajib aku beli :- Eh!, Cleo, Rapi, Kosmo & buku3 motivasi....bacalah!
http://www.eh.com.my/ 



No comments:

Post a Comment