nuffnang

Monday, 29 August 2011

Bakul Telur Dari Kertas Lama


Inilah rupa bakul telur untuk para tetamu kenduri kahwin sedara saya nanti. Hasil kerja tangan mak yang tak jemu3 buat kraf. majalah wanita yang dibeli bukan sekadar untuk dibaca malah dimanfaat untuk dijadikan kraf. Buat sikit3 lama3 jadi banyak dan boleh dipakai bila diperlukan. Tak rugi sebenarnya buat saja3 kraf ni. Aku suka jugak tengok hasil nya tapi jangan kata buat bakul ni...apa jua benda kraf tangan dan jari jemari aku ni kaku jek...hehehe. apa pun aku suka hasil kraftangan....

SOKONG LAH HASIL KERJA KRAFTANGAN KITA.

Sunday, 28 August 2011

Ikan Baung Masak Kari

Menarik tak color terung tu ? belum masak lg ni hehe
Ikan Baung masak kari memang kegemaran famili aku termasuk lah aku. dan yang penting aku yang masak sendiri. walau x sedap pada org lain pada aku setakat tekak famili aku ini sudah cukup. Bubuh kari+terung+tomato+halia=tumis=siap! hehehehehehe.

SIMPLE TAPI SEDAP!

merangkak untuk mencantikkan blog

hohohohohoohoho. hari ni aku puas mencari-carik apa yang aku nak buat dengan blog hari ni. tengok blog orang lain amat lah jeles. tetapi jeles positif. hehehe. tengok3 lah apa yg patut aku nak letak kan. so aku try lah google blog dengan key word cantik kan blog,  fb badge, like button, design balik template, dan yang pastinya aku follow blogger3 ni ...coz diorg ni bagi tips/cara & info yang aku kehendaki. 

TERIMA KASIH SEMUA. 

Disebab kan aku dah penat bersengkang mata hadapan laptop ni & memerah idea kreatif yg memang tak kreatif maka dengan ini aku mahu melayan mata dulu. mata mahu rehat jugak kan. apa pun aku teruja hari ini! nice.

Jejak Bukit Broga, Semenyih

Bukit Broga amat terkenal bagi orang3 yang suka mendaki bukit3 ni. Aku pun salah sorang yg teruja sangat3 nak mencuba naik walaupun aku tahu tahap stamina aku kurang sedikit tetapi semangat lebih tinggi dari stamina. macamana tu? ahaksssss. berapa kali dah group members yg ajak tapi xde rezeki nak join. sangat teruja sampai aku asyik dok tengok blog orang baca pengalaman mereka. sangat jeles! hehehe

satu hari aku sms kwn aku " adah..jom bukit broga lusa " otomatik kawan aku reply.." JOM" apa lagi, aku ON terus walhal hati doa3 agar plan aku berjaya direalisasikan oleh pemungkir janji iaitu aku sendiri hehehe.
Kadang3 aku suka plan last minute! memang menjadi tau....& hanya kami berdua ... x sempat nak ajak kwn lain.....



1.7KM sahaja. x jauh pun kan ? :)
sebenarnya plan dgn adah nak jejak sunrise tetapi kami salah masa sampai lah kami jam 7pagi disini...dah terang hehehehehehehehehhee. Dah bagitau siap3 kat adah...aku x larat naik ko jalan jek terus jgn tunggu aku...hehehehe pesanan biasa aku pada dia setiap kali naik bukit...dia pun dah faham dgn aku...lagipun ramai jugak org kan naik bukit broga ni..so x lah takut sgt......

 View Guna HP Camera..blur...
Batu...Tanah...Pasir....
Tanah bukit ni kering dan agak berpasir. Jadi kena hati3 bila turun kebawah kerana ia boleh menyebabkan kita tergelongsor kebawah jika x hati3. rasa nak turun cara duduk jek..yelah nak pegang apa nak turun bawah tu kan....lebih baik berhati3.....malang tak berbau...
Nampak tak kabus tu???
huhuhuhu tetiba nampak kabus naik...angin pun sejuk jek..itu tandanya hujan nak turun...apa lagi tak buang masa turun lah kami.....mcm kat cameron highland pun ada hehehehhehee. perjalanan turun tidaklah sepayah mana mahu mendaki hehehhee..laju jek turun tapi tetap berhati3 sebab kami berdua jek geng, dua3 perempuan huhuhuhu
berhenti sekejap untuk bergambar dgn batu besar

Walaupun keadaan mendung buat pertama kali jejak bukit broga ni, aku tetap teruja untuk pergi kedua kalinya. begitu jugak dgn adah sebab geram tengok gambar3 orang lain cun jek....

bagi yang belum pernah pergi ke destinasi ini.....cuba lah pergi..anda akan teruja..........kawan3 suka g subuh jam 5 pagi dah start mendaki.........cuba lah....pergi awal sikit kalau masa cuti...orang memang ramai sgt3...

JOM BERBROGA !!!



Milo+Kiwi=Dinner

Aku jenis kekadang malas nak makan luar lepas keja. Sebab sebolehnya aku masak jek lagipun org bujang makan apa lah sangat kan. kadang3 macam x larat nak masak, x ada mood walhal aku masak apa je pun hehehehe x habis3 aku punya sup sayur kan..kurus nya tidak ahakks. 

so bila dah malas...ini lah jawabnya. milo + kiwi  utk makan malam....simple & kenyang tetapi awas pagi3 subuh perut aku dah lapar mintak makanan hadoiiiii. apa pun aku bukan lah cerewet pasal makan. :)

MAKAN UNTUK SIHAT !!

Cara Membuat Ketupat Raya

Siapa tahu buat ketupat & siapa yg tak tahu ? hanya dapat praktis setahun sekali jek kan? setuju? pasti setuju hehehe. ketupat hanya popular dimusim3 perayaan. pelbagai bentuk dan nama ketupat ni...ketupat yg paling aku suka ketupat palas. kenapa? ringkas & mudah! ahaksss. Yang aku reti buat sejujurnya hanya 2 jenis..ketupat pasak & sate serta palas. itu jek yg aku ingat....

Jom try buat ketupat...mungkin gambar ni dapat membantu sasape yang nak try buat ketupat..jom3..

Google Images
Senang tak ? Jom lah cuba...belum cuba belum tahu kan tahap skill masing3...senangkan????

SELAMAT MENCUBA DENGAN JAYANYA!

Saturday, 27 August 2011

Berhati-hati di jalan raya untuk beraya

Semua sudah sibuk pulang berhari raya di kampung halaman masing3, jalan raya yg sibuk pasti lenggang dimusim perayaan dan jalan raya yg lenggang pasti akan sibuk. semua berpusu3 untuk pulang beraya. nampak meriah keadaan jalan raya dan menguji kesabaran sesiapa yg melaluinya. semua mahu sampai cepat tetapi jalan raya bukan jalan untuk menunjukkan kehebatan masing3 memandu apatah lagi seisi keluarga berada dlm kenderaan anda. aku dah selamat sampai kg semlm kerana kg aku jauh mana lah sgt jalanraya sibuk tak sibuk sama sahaja. 

apapun aku harap semua kenalan dan sahabat3 aku pulang beraya dengan selamat dan selamat kembali bertugas. bagi yg x pulang beraya mungkin ada aktiviti ziarah menziarahi kaum keluarga dan rakan handai yang terdekat.

Menurut laporan Kosmo! Online : Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Jadi kepada pengguna jalan raya semua diharap bersabar & berhati3 semasa memandu.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT .

Thursday, 18 August 2011

Percaya Padaku - Ungu



Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku, ku kan menjagamu
Hingga dan waktu menjemputku
Saatku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Monday, 15 August 2011

Redang - Tioman = PERHENTIAN

Plan cuti3 ke pulau yg pertama mahu ke Pulau Redang, percaya atau x , plan nak ke redang mkn tahun jugak plan hanya tinggal plan. mcm tu jugak mahu ke Pulau Tioman, jugak x menjadi...xtau lah kenapa. mungkin xde rezeki mahu kesana....tetiba ada pakcik mengajak Jom Perhentian..hhuhuhuhu apa lg..ON jek walaupun plan agak last minute. x sempat nak mengajak org yg penting diri sendiri yg jejak apatah lg kecewa plan ke pulau3 yg di plan cantek katanya itu x menjadi. so marilah kita ke PERHENTIAN hehehhee.

Ni lah Geng 1 kereta from Seremban, aku jek dr KL. ahakssss. kami dh smpai di Jeti Pulau Perhentian, Besut. Awal pagi3 lg menunggu geng lg satu kereta dh sampai tp masih dilain3 lokasi hehehe. Penantian satu penyiksaan hehehehe.
Kami dah sampai. Ni jeti Arwana Resort Perhentian Besar. Suka view jeti ni .... ni lah gayanya guna camera hp jek hehehehe....tp port yg cun sini.
geng orang asli mahmeri di pulau perhentian...suut+bajau hahahahahha
Ni lah geng3 kami 9 org termasuk jurugambar hehehehhehehe. Apapun mereka best. byk cakap & merapu hehehhehehehhehehe.
Ini lah aktiviti yg ada.....
geng snorkeling hehehe..peace

Best!

terbalik lah pulak hehehhee


Suka suka pokok kelapa...

selama 2 hari kat sini...rasa xnak balik huhuhuhu. kalau lah laut belakang kg aku mcm sini sungguh aku xnak keluar dr kg hehehe. rasa tenang & tido pun lena jek....best sgt3..... apa pun thn depan mari lah kita cuti3 ke pulau lg. mcm x larat nak ke sana sini tp masih ada impian nak kesana sini yg belum tercapai...sebab aku dpt rasanya kalau sudah berrumahtangga nanti aku x de peluang utk ketempat3 yg aku nak g dgn kawan3. harapnya tahun depan semua tercapai. 

JOM CUTII3 MALAYSIA ....



Sunday, 14 August 2011

Bahan Bacaan

Google Images
Ilmu suluh hidup. Cogankata sekolah rendah aku dulu. Tak tahu bilanya aku suka membaca buku. Tetapi semasa sekolah rendah dulu mmg aku suka ke library pinjam buku cerita. Yg x best seorg murid boleh pinjam 2 buah buku sahaja. Tempoh pinjaman selama 5 hari mcm lama sgt, jadi apa yg aku lakukan, tiap3 hari aku habis baca aku pulangkan terus. hahahahhahaa. Apa yg menarik buku yg best3 aku sorok esok aku ambik pinjam. Bukan setakat buku cerita jek aku baca, yg pastinya balik sekolah aku wajib membaca suratkhabar yg dilanggan oleh famili aku, tp bukan lah baca sgt berita3 hal ehwal semasa masa tu, bukak surat khabar semata3 nak tengok intisari rancangan tv hehehehehe. Curi3 membeli majalah kartun GILA3, sebab apak aku cukup marah beli majalah kartun xtau kenapa. Dan aku jugak baca majalah mak aku, suka sgt tgk resipi & ruangan utk kanak3.

Masa sekolah menengah glamer dgn novel remaja hehehe. tp x mampu membeli terpaksa lah pinjam novel member nak pulak dok asrama, bayangkan lah tunggu turn membaca. kesian empunya novel kan, mcm dah lencun jek novel dia hehehhehee. jenis aku membaca novel lain macam sikit, selagi x habis baca selagi tu x boleh tido? boleh x gitu? hahahahhahaa. Bila dah masuk ke kolej barulah aku mampu beli novel3 & majalah kegemaran aku dgn duit apak & loan belajar...hehehehhee. tetapi yg x best byk novel kegemaran aku hilang dek dipinjam oleh kawan3 yg x reti pulangkan balik. lama ke cepat asalkan pulang xpe ini buat harta terus uh! sungguh sedih, nak beli balik mcm x best dh...lain sikit feel dia huhuhuhuhu. bak kata org yg pertama xkan sama dgn yg kedua walau serupa hehehhehee.

sampai sekarang aku masih suka membaca apa sahaja bahan bacaan lagi3 jika mahu tido, kalau nak tido x membaca sehelai dua muka surat lain mcm jek rasa, mcm x lena...tetapi awas...kalau suruh baca novel cinta jiwang3 sekarang ni aku dah x boleh layan, kecuali novel ramlee awang mursyid. apa pun baca tetap baca... bacalah!

Antara bahan3 wajib aku beli :- Eh!, Cleo, Rapi, Kosmo & buku3 motivasi....bacalah!
http://www.eh.com.my/ 



Thursday, 11 August 2011

Cuba Mengedit blog

hehehhehee. ini lah gayanya org yg baru berjinak3 dlm blog....try edit html alkisahnya nak letak iklan nuffnang dlm tgh3 post tp x berjaya sampai lah akhirnya letak lah dulu kat sidebar. try gak google tutorial x berjaya. xpe lah. ada mood mendatang baik punya aku try lg. usahakan tangga kejayaan. hehehe. apa pun memang nak buat blog ni sedap mata memandang. diari alam maya ni...hehehehe.

Mentarang

Ini lah rupa mentarang. Sejenis siput laut yg membiak dikawasan berlumpur di laut. Kalau ke laut aku memang suka mencari mentarang kalau kena dgn pasang surut air laut. Pantang di ajak, pasti aku sanggup. Cengkerang mentarang nipis, putih, isinya putih. Pasti ramai yg masih x tau apa ni mentarang kan...yg pasti yg dok tepi laut pasti tau benda ni....

jom ikut g laut nak .....nasib laut belakang rumah jek jalan dlm 10 minit jek. Jalan kaki sahaja.
 ni gambar di masa yg lain hehehehe. nampak x muka seronok dapat korek byk mentarang hehehe. susah nya jadi pelaut pesisir pantai ni...supermarket ni...mana ada jual hari3 kat pasar hehehehe.

 nampak x lubang kecik tu..itu lah mata/lubang mentarang....

 sesi mengorek untuk mengeluarkan mentarang, hati3 sebab kulit mentarang senang pecah dan jugak kulit3 mentarang lain yg dh mati didalam lumupur, pelan3 korek lumpur pasir tu ye.

 tengah mencari3 mentarang huhuhuhu....nmpk dh separuh lengan dah masuk dlm lubang mentarang ni..dia lari masuk dalam lg adoiiiiiiiiiiiiiiii.

 hah! dapat pun.......itulah mentarang . kecik jek tu.....



aku diketika itu, masa ni x tahan sgt panas so terpaksa bertopi kalau x harap aku nak bertopi rimassssssss

 nampak x mentarang tu hehehehe




apa lagi kopek isi mentarang tu, bersihkan elok3 tuk buang pasir/lumpur....masuk dalam kuali..tumis kari mmg kesukaan aku...argggghhhhhhhhhhhhhhhhhh kena lah masak sendiri hehehehe
nampak sedap x? peerggghhhhhhhhh sedap aku masak (puji sendiri) hehehehe

hahhahahahhaa. menarik x? pengalaman yg mmg sentiasa akan ingat. mana tau dah tua3 nanti entah merantau mana jauh dr kampung kan...selagi ada peluang pasti aku x lepaskan...biar lah luka jari jemari ini mentarang punya pasal hehehehhehe

Wednesday, 10 August 2011

Lempeng Best

Lempeng sendiri bikin memang sedap, nak pulak cecah sambal sardin...x setanding makan roti hehehe. tapi leceh sikit lah nak buat ye ke? hehe. apa pun skill memang dah diasah dr kecik, ini jek lah sarapan kami sekeluarga. tapi kadang curik3 cecah dgn milo hehe, x pun susu manis atau gula. oh tidak. ni yg rasa nak makan lempeng...kalau balik kg...ini lah sarapan utama. ingat lempeng ingat kampung tau!

Segala Sup

Aku memang suka makan sup apa jua sup..atau kerana mudah utk dimasak ? semestinya hehehe. Udang aku pancing sendiri tau. dan pastinya aku x alejik makan udang sungai, kalau udang laut adoiiii pasti bengkak3 mulut hehehehe. apa pun yg fresh memang sedap.

 Ni pulak Bihun Sup Tomyam Rebung. Ada berani x masak tomyam rebung hehehehe. Apa pun memang sedap utk tekak aku sendiri, nak pulak rebung tu dr kampung belakang rumah sendiri jek. ahakksss. Thanks to apak yg rajin bungkuskan sayur3 utk anak dia balik KL.

Byk gambar sup sayur aku ntah dimana letaknya... apa pun mmg suka sup...


Produk Safi Rania Gold

Entah kenapa semalam tergerak hati nak beli produk ni. Muka terasa kusam sangat apatah lg sunburn balik dr pulau perhentian kan. Muka kusam+gelap+kering dan mood pun agak kurang kebelakangan ni. so carik alternatif lain utk menghiburkan hati ni. jadi puasa3 ni tghari g guardian jap, tp x best g guardian bila sales girl dia asyik mengekor kita jek nak tgk3 apa yg nak beli kan...siap tanya lg nak beli apa, tp kepala x set pun nak beli apa hehehe, so dgn baik hati kata lah sales girl tu, " i nak tengok3 dulu apa benda i nak beli boleh x ? " so sales girl pun blah, baru lah senang hati nak carik apa yg aku nak beli ..boleh x gitu? ehhehehe.

Setelah aku survey3 mana aku nak beli dan dah compare mana yg mampu milik so aku beli lah produk ni. umur aku pun dh suku abad hehehe mungkin ini yg sesuai utk aku. aku cuma beli yg basic iaitu Gel Pembersih Wajah, Toner dan krim siang. aku try lah dulu kan. kalau sesuai aku beli set lengkap. tunggu hasil dalam 3 minggu. so hujung bulan ni boleh lah tgk hasilnya. x sabar. semlm try cuci muka, guna toner dan krim -- bestnya x rasa melekit pun muka ni. oh suka sgt!

Jadilah wanita yang paling bahagia

Terbaru aku beli kat ampang point. murah sahaja RM 10. mampu milik. ambik masa dua hari utk baca... best sgt dan amat memotivasikan diri yg x berapa cukup motivasi. hebat.

Hati yg meraung

Blog ni dah lama aku tinggalkan yg ntah keberapa blog dh aku bukak. huhuhuhu. x bersungguh & malas. dok hadap FB jek. tp fb x dpt aku nak meluah perasaan dalaman aku. kena tapis cakap coz kena jaga hati semua org kan. xpe lah aku ambik positif sahaja. mungkin aku bukan jenis melenting3 so org x dpt terima. its not me. hehehehehe. apapun ntah kenapa hari ni aku rasa mcm bahagia. kenapa ye? xpe aku try jadikan blog umpama diary aku yg lama sgt aku x tulis....

semuga selepas ni berbahagia lah aku dgn cara aku... chaiyok!