nuffnang

Sunday, 25 September 2011

White Water Rafting @ Slim River, Tg Malim


Sebulan lamanya merancang untuk aktiviti Rafting ni...Cadangan sebenarnya rafting di  Sg Selangor tetapi agaknya sebab x ramai yg join so kami di aturkan ke sg slim bersama satu lagi grup lain...semangat sebenarnya hendak melakukan aktiviti ini bersama rakan orang asli yg lain, namun apa kan daya kemungkin tarikh yg x mengizinkan apatah lagi minggu terkahir dlm bulan syawal byk agenda open house dan sebagainya & juga antara kemungkinan kerana fee rafting yg berjumlah RM180 seorang...hehehe...

aku & pakcik aku ahaks @ check pont pekan ulu slim















walau hanya 6 orang yg dpt join ber rafting, kami tetap rasa seronok


Eksiden x sengaja....jatuh lah pulak...sakit sgt3 huhuhu
Selesai sudah aktviti ber rafting hari ni....rakan orang asli with guide Bai & Tuler (orang asli jakun )


ada ura3 dr rakan3 bahawa mereka x puas lg utk ber rafting.....NEXT!

Thursday, 22 September 2011

DIY Crepe Paper -

Aku bukan seorang yg kreatif tetapi aku suka seni kraf. Aku merasa sgt jeles dgn jari jemari org kreatif ni, bentuklah apa pun gunting lah apa pun & cantum lah apa pun semua nya menjadi chantek sgt3. Jeles kan ? tetapi aku nak try jugak buat...biarlah org kata buat apa susah3 kan diri tapi aku minat & sebenarnya mak aku mmg kreatif bab buat3 diy ni. ada jek idea dia disamping melihat gubahan org lain...kraf ni bukan milik individu milik dikongsi bersama ( ayat mcm pernah dengar )
.
 so aku pun try...memula google3...carik idea dan aku terpikat sudah dgn crepe paper punya hasil. hhuhuuhu

Hasil jari3 kaku....nmpk cantik kan...so cute...aku amat suka tp kosong lg ni...tak ada idea nak tmbah apa..

Hasil satu malam yg terdesak...hehehe dapat 8 kuntum...ok ke x ? asalkan ok dimata aku cukuplah kan, huhuhu sapa lg nak puji hasil tangan sendiri kan;

Hasil malam kedua, tambah3 nak hias3 gunting sana sini, ini lah hasil nya...ok ke? huhu...tapi aku suka! ahaks.

OH TIDAK. Aku betul3 suka yang ini, simple & nice! Rasa geram sgt mcm nak siap3 kan byk3 mlm tu jugak ahakskkskskskkss


Ini Hasil lain3 color tapi corak sama jek...tengah mencuba pelbagai color. My best friend advice kenapa tak letak 2 ton color baru menarik...YES. aku suka . nanti aku akan cuba sementara semangat berkobar3 sampai org ingat ni bunga utk aku kahwin nanti, hehehehhee. rasa nya inilah dia. Kos amat murah & nice.

Aku Suka Hasil Tangan Aku Ini Walaupun Sebenarnya Umur Dah Lewat Nak Kreatif3 Ni. 
Namun Aku Tetap Mencuba!!!




kenduri kawin adik saudara

Adik saudara pulak yang kawin....layan jek lah kan pic ni...almost orang asli sekarang memakai pakaian ciri3 orang melayu utk berkahwin...disebabkan tiada nya pakaian tradisional orang asli dipermodenkan....takan lah nak pakai kulit kayu kan....asimilasi sudah..diharap adat masih dijunjung....
Edan & Aini ,...semuga bahagia

Sama x muka kami ? Silap3 org ingat anak aku huhuhu, anak buah aku Ulan Carey

Kenduri Kahwin Sepupu

Bulan september penuh dgn kenduri kahwin..tiap3 minggu..penat3 org kg kan bergotong royong..tapi itulah bertuahnya duduk kg masih lg bermuafakat......
Pakai aksesori tradisional orang asli
yinai/bersanding
Wali belah pengantin perempuan memberi kata3 nasihat
Sedia untuk bersanding siap bersolek
Selamat bersanding
Perkahwinan Agelina & Epis...semuga sejahtera hingga akhir hayat.........

Lama nya ...

Lama nya tak update apa3 disini....mood tak sampai3. apa pun tetiba hari ini aku rasa sesuatu telah hilang. Dan aku jugak sedar diri hari ini, dalam kita menjaga hati org pasti hati kita akan terluka tanpa dapat dirawat... mungkin akan mengambil masa yg sangat lama. semuga aku lebih baik dari hari ini.