nuffnang

Friday, 7 October 2011

Mood terganggu :(

bila tertido dan terjaga kerana terkejut boleh membuat emosi terganggu betul. huhuhuhu
tak dapat menahan emosi menyebabkan aku mudah lapar. mlm dh tgh malam adoiii nak g sorg3 amat takut...hummmmm gaya nya kena drive thru mcd jeklah senang & x perlu turun dr kereta huhuhu


dah makan tak kan kena tido kan walau rasa mengantuk sgt3....tgk3 crepe paper, mcm malas nak buat apa3 tapi pegang3 lah jugak....last3 hehehhee


Hasil gabungan 2 color. ok ke tak ... tp aku suka jugak cuma crepe paper jenis bintang ni paper dia agak nipis. mungkin sesuai utk buat lain craft tapi best jugak coz kena hati3 tarik kertas tu ahakssss


hahahhaha pomander ball yg tak siap3 lg ... so try combine 2 color biru tua & muda...menarik & soft. suka3
jam pun dh 3 pagi, seisi rumah pun senyap sunyi kepala pun dh tak sakit so aku tido dgn nyenyak walaupun bangun pagi kepala mcm berat lagi huhuhuhuhu


Hasil yg masih aku tak tahu apa mau bikin hehehehehhee. idea dtg sikit3 apa nak di kata kan org tak kreatif mmg mcm ni tau. huhuhuhuhu

HOBI YG BUAT AKU NAK CEPAT SIAP TENGOK HASIL HUHUHUHU;






Thursday, 6 October 2011

Beli lg crepe paper :)

google image
Semalam masa pergi stationery, menunggu uncle kedai tu binding profile company, ronda3 ah kedai tu sekali tengok part yg aku x boleh tengok...aaaaaaaaaaaa byknya crepe paper mcm3 color...huhuhuhu harga 70 sen sekeping. oh tidak. jadi aku ambik lah color kelabu, biru muda dan merah. ikut hati nak ambik semua tetapi tak nak lah membazir3 kan. ambik mana yang perlu sahaja. ahaks ayat sedapkan hati.

tak terfikir nak buat apa lg nak bunga apa bentuk. apa pun cuba buat apa3 je utk latihan jari jemari
kaku ku ini

Sunday, 2 October 2011

d.i.y crepe paper lg

Hujung minggu ni aku malas nak g mana3 apatah lg bajet dh kurang sebab membayar sesuatu hingga dah selesai dan juga lega hati ni. jadi apa lagi aku cuba lah melembutkan jari jemari kaku aku ni carik3 crepe paper kan kot3 menjadi dan cun kunon ahaksksksks

Potong3 dulu kertas dan bentukkan dulu tapi kekadang tak sabar tunggu hasil jadi buat lah dulu 6 kuntum tersebut....nak buat ton color tapi kertas tak banyak stok lain3 color...bikin dulu asal puas hehehe;

Hasil pertama ingat nak buat pomander ball, jadi ini lah hasilnya. tak nampak bulat sepenuhnya sebab bunga tu kembang3 .....

Hasil kedua nak try letak dlm pasu kecik tetapi memandangkan tak ada pasu, jadi guna lah gelas Mcd tempat letak duit syiling. save beli pasu kecik & span hehehe; ntah kenapa aku cukup suka ... walau x secantik bunga hiasan crepe paper org lain buat...xpe3 ini main3 jari kaku dulu...positif ni !

View bunga hiasan aku yang tak cukup barang hehehe tapi aku tetap suka hasil kerja aku ni. ada bajet lebih akan aku carik lagi crepe paper serta pasu kecik3 yg aku suka mcm kat ssf tu huhuhuhuhu;

SEMUGA BERJAYA KADUK! hehehe!







Sunday, 25 September 2011

White Water Rafting @ Slim River, Tg Malim


Sebulan lamanya merancang untuk aktiviti Rafting ni...Cadangan sebenarnya rafting di  Sg Selangor tetapi agaknya sebab x ramai yg join so kami di aturkan ke sg slim bersama satu lagi grup lain...semangat sebenarnya hendak melakukan aktiviti ini bersama rakan orang asli yg lain, namun apa kan daya kemungkin tarikh yg x mengizinkan apatah lagi minggu terkahir dlm bulan syawal byk agenda open house dan sebagainya & juga antara kemungkinan kerana fee rafting yg berjumlah RM180 seorang...hehehe...

aku & pakcik aku ahaks @ check pont pekan ulu slim















walau hanya 6 orang yg dpt join ber rafting, kami tetap rasa seronok


Eksiden x sengaja....jatuh lah pulak...sakit sgt3 huhuhu
Selesai sudah aktviti ber rafting hari ni....rakan orang asli with guide Bai & Tuler (orang asli jakun )


ada ura3 dr rakan3 bahawa mereka x puas lg utk ber rafting.....NEXT!

Thursday, 22 September 2011

DIY Crepe Paper -

Aku bukan seorang yg kreatif tetapi aku suka seni kraf. Aku merasa sgt jeles dgn jari jemari org kreatif ni, bentuklah apa pun gunting lah apa pun & cantum lah apa pun semua nya menjadi chantek sgt3. Jeles kan ? tetapi aku nak try jugak buat...biarlah org kata buat apa susah3 kan diri tapi aku minat & sebenarnya mak aku mmg kreatif bab buat3 diy ni. ada jek idea dia disamping melihat gubahan org lain...kraf ni bukan milik individu milik dikongsi bersama ( ayat mcm pernah dengar )
.
 so aku pun try...memula google3...carik idea dan aku terpikat sudah dgn crepe paper punya hasil. hhuhuuhu

Hasil jari3 kaku....nmpk cantik kan...so cute...aku amat suka tp kosong lg ni...tak ada idea nak tmbah apa..

Hasil satu malam yg terdesak...hehehe dapat 8 kuntum...ok ke x ? asalkan ok dimata aku cukuplah kan, huhuhu sapa lg nak puji hasil tangan sendiri kan;

Hasil malam kedua, tambah3 nak hias3 gunting sana sini, ini lah hasil nya...ok ke? huhu...tapi aku suka! ahaks.

OH TIDAK. Aku betul3 suka yang ini, simple & nice! Rasa geram sgt mcm nak siap3 kan byk3 mlm tu jugak ahakskkskskskkss


Ini Hasil lain3 color tapi corak sama jek...tengah mencuba pelbagai color. My best friend advice kenapa tak letak 2 ton color baru menarik...YES. aku suka . nanti aku akan cuba sementara semangat berkobar3 sampai org ingat ni bunga utk aku kahwin nanti, hehehehhee. rasa nya inilah dia. Kos amat murah & nice.

Aku Suka Hasil Tangan Aku Ini Walaupun Sebenarnya Umur Dah Lewat Nak Kreatif3 Ni. 
Namun Aku Tetap Mencuba!!!




kenduri kawin adik saudara

Adik saudara pulak yang kawin....layan jek lah kan pic ni...almost orang asli sekarang memakai pakaian ciri3 orang melayu utk berkahwin...disebabkan tiada nya pakaian tradisional orang asli dipermodenkan....takan lah nak pakai kulit kayu kan....asimilasi sudah..diharap adat masih dijunjung....
Edan & Aini ,...semuga bahagia

Sama x muka kami ? Silap3 org ingat anak aku huhuhu, anak buah aku Ulan Carey

Kenduri Kahwin Sepupu

Bulan september penuh dgn kenduri kahwin..tiap3 minggu..penat3 org kg kan bergotong royong..tapi itulah bertuahnya duduk kg masih lg bermuafakat......
Pakai aksesori tradisional orang asli
yinai/bersanding
Wali belah pengantin perempuan memberi kata3 nasihat
Sedia untuk bersanding siap bersolek
Selamat bersanding
Perkahwinan Agelina & Epis...semuga sejahtera hingga akhir hayat.........

Lama nya ...

Lama nya tak update apa3 disini....mood tak sampai3. apa pun tetiba hari ini aku rasa sesuatu telah hilang. Dan aku jugak sedar diri hari ini, dalam kita menjaga hati org pasti hati kita akan terluka tanpa dapat dirawat... mungkin akan mengambil masa yg sangat lama. semuga aku lebih baik dari hari ini.

Monday, 29 August 2011

Bakul Telur Dari Kertas Lama


Inilah rupa bakul telur untuk para tetamu kenduri kahwin sedara saya nanti. Hasil kerja tangan mak yang tak jemu3 buat kraf. majalah wanita yang dibeli bukan sekadar untuk dibaca malah dimanfaat untuk dijadikan kraf. Buat sikit3 lama3 jadi banyak dan boleh dipakai bila diperlukan. Tak rugi sebenarnya buat saja3 kraf ni. Aku suka jugak tengok hasil nya tapi jangan kata buat bakul ni...apa jua benda kraf tangan dan jari jemari aku ni kaku jek...hehehe. apa pun aku suka hasil kraftangan....

SOKONG LAH HASIL KERJA KRAFTANGAN KITA.

Sunday, 28 August 2011

Ikan Baung Masak Kari

Menarik tak color terung tu ? belum masak lg ni hehe
Ikan Baung masak kari memang kegemaran famili aku termasuk lah aku. dan yang penting aku yang masak sendiri. walau x sedap pada org lain pada aku setakat tekak famili aku ini sudah cukup. Bubuh kari+terung+tomato+halia=tumis=siap! hehehehehehe.

SIMPLE TAPI SEDAP!

merangkak untuk mencantikkan blog

hohohohohoohoho. hari ni aku puas mencari-carik apa yang aku nak buat dengan blog hari ni. tengok blog orang lain amat lah jeles. tetapi jeles positif. hehehe. tengok3 lah apa yg patut aku nak letak kan. so aku try lah google blog dengan key word cantik kan blog,  fb badge, like button, design balik template, dan yang pastinya aku follow blogger3 ni ...coz diorg ni bagi tips/cara & info yang aku kehendaki. 

TERIMA KASIH SEMUA. 

Disebab kan aku dah penat bersengkang mata hadapan laptop ni & memerah idea kreatif yg memang tak kreatif maka dengan ini aku mahu melayan mata dulu. mata mahu rehat jugak kan. apa pun aku teruja hari ini! nice.

Jejak Bukit Broga, Semenyih

Bukit Broga amat terkenal bagi orang3 yang suka mendaki bukit3 ni. Aku pun salah sorang yg teruja sangat3 nak mencuba naik walaupun aku tahu tahap stamina aku kurang sedikit tetapi semangat lebih tinggi dari stamina. macamana tu? ahaksssss. berapa kali dah group members yg ajak tapi xde rezeki nak join. sangat teruja sampai aku asyik dok tengok blog orang baca pengalaman mereka. sangat jeles! hehehe

satu hari aku sms kwn aku " adah..jom bukit broga lusa " otomatik kawan aku reply.." JOM" apa lagi, aku ON terus walhal hati doa3 agar plan aku berjaya direalisasikan oleh pemungkir janji iaitu aku sendiri hehehe.
Kadang3 aku suka plan last minute! memang menjadi tau....& hanya kami berdua ... x sempat nak ajak kwn lain.....



1.7KM sahaja. x jauh pun kan ? :)
sebenarnya plan dgn adah nak jejak sunrise tetapi kami salah masa sampai lah kami jam 7pagi disini...dah terang hehehehehehehehehhee. Dah bagitau siap3 kat adah...aku x larat naik ko jalan jek terus jgn tunggu aku...hehehehe pesanan biasa aku pada dia setiap kali naik bukit...dia pun dah faham dgn aku...lagipun ramai jugak org kan naik bukit broga ni..so x lah takut sgt......

 View Guna HP Camera..blur...
Batu...Tanah...Pasir....
Tanah bukit ni kering dan agak berpasir. Jadi kena hati3 bila turun kebawah kerana ia boleh menyebabkan kita tergelongsor kebawah jika x hati3. rasa nak turun cara duduk jek..yelah nak pegang apa nak turun bawah tu kan....lebih baik berhati3.....malang tak berbau...
Nampak tak kabus tu???
huhuhuhu tetiba nampak kabus naik...angin pun sejuk jek..itu tandanya hujan nak turun...apa lagi tak buang masa turun lah kami.....mcm kat cameron highland pun ada hehehehhehee. perjalanan turun tidaklah sepayah mana mahu mendaki hehehhee..laju jek turun tapi tetap berhati3 sebab kami berdua jek geng, dua3 perempuan huhuhuhu
berhenti sekejap untuk bergambar dgn batu besar

Walaupun keadaan mendung buat pertama kali jejak bukit broga ni, aku tetap teruja untuk pergi kedua kalinya. begitu jugak dgn adah sebab geram tengok gambar3 orang lain cun jek....

bagi yang belum pernah pergi ke destinasi ini.....cuba lah pergi..anda akan teruja..........kawan3 suka g subuh jam 5 pagi dah start mendaki.........cuba lah....pergi awal sikit kalau masa cuti...orang memang ramai sgt3...

JOM BERBROGA !!!



Milo+Kiwi=Dinner

Aku jenis kekadang malas nak makan luar lepas keja. Sebab sebolehnya aku masak jek lagipun org bujang makan apa lah sangat kan. kadang3 macam x larat nak masak, x ada mood walhal aku masak apa je pun hehehehe x habis3 aku punya sup sayur kan..kurus nya tidak ahakks. 

so bila dah malas...ini lah jawabnya. milo + kiwi  utk makan malam....simple & kenyang tetapi awas pagi3 subuh perut aku dah lapar mintak makanan hadoiiiii. apa pun aku bukan lah cerewet pasal makan. :)

MAKAN UNTUK SIHAT !!

Cara Membuat Ketupat Raya

Siapa tahu buat ketupat & siapa yg tak tahu ? hanya dapat praktis setahun sekali jek kan? setuju? pasti setuju hehehe. ketupat hanya popular dimusim3 perayaan. pelbagai bentuk dan nama ketupat ni...ketupat yg paling aku suka ketupat palas. kenapa? ringkas & mudah! ahaksss. Yang aku reti buat sejujurnya hanya 2 jenis..ketupat pasak & sate serta palas. itu jek yg aku ingat....

Jom try buat ketupat...mungkin gambar ni dapat membantu sasape yang nak try buat ketupat..jom3..

Google Images
Senang tak ? Jom lah cuba...belum cuba belum tahu kan tahap skill masing3...senangkan????

SELAMAT MENCUBA DENGAN JAYANYA!

Saturday, 27 August 2011

Berhati-hati di jalan raya untuk beraya

Semua sudah sibuk pulang berhari raya di kampung halaman masing3, jalan raya yg sibuk pasti lenggang dimusim perayaan dan jalan raya yg lenggang pasti akan sibuk. semua berpusu3 untuk pulang beraya. nampak meriah keadaan jalan raya dan menguji kesabaran sesiapa yg melaluinya. semua mahu sampai cepat tetapi jalan raya bukan jalan untuk menunjukkan kehebatan masing3 memandu apatah lagi seisi keluarga berada dlm kenderaan anda. aku dah selamat sampai kg semlm kerana kg aku jauh mana lah sgt jalanraya sibuk tak sibuk sama sahaja. 

apapun aku harap semua kenalan dan sahabat3 aku pulang beraya dengan selamat dan selamat kembali bertugas. bagi yg x pulang beraya mungkin ada aktiviti ziarah menziarahi kaum keluarga dan rakan handai yang terdekat.

Menurut laporan Kosmo! Online : Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Jadi kepada pengguna jalan raya semua diharap bersabar & berhati3 semasa memandu.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT .

Thursday, 18 August 2011

Percaya Padaku - Ungu



Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku, ku kan menjagamu
Hingga dan waktu menjemputku
Saatku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Monday, 15 August 2011

Redang - Tioman = PERHENTIAN

Plan cuti3 ke pulau yg pertama mahu ke Pulau Redang, percaya atau x , plan nak ke redang mkn tahun jugak plan hanya tinggal plan. mcm tu jugak mahu ke Pulau Tioman, jugak x menjadi...xtau lah kenapa. mungkin xde rezeki mahu kesana....tetiba ada pakcik mengajak Jom Perhentian..hhuhuhuhu apa lg..ON jek walaupun plan agak last minute. x sempat nak mengajak org yg penting diri sendiri yg jejak apatah lg kecewa plan ke pulau3 yg di plan cantek katanya itu x menjadi. so marilah kita ke PERHENTIAN hehehhee.

Ni lah Geng 1 kereta from Seremban, aku jek dr KL. ahakssss. kami dh smpai di Jeti Pulau Perhentian, Besut. Awal pagi3 lg menunggu geng lg satu kereta dh sampai tp masih dilain3 lokasi hehehe. Penantian satu penyiksaan hehehehe.
Kami dah sampai. Ni jeti Arwana Resort Perhentian Besar. Suka view jeti ni .... ni lah gayanya guna camera hp jek hehehehe....tp port yg cun sini.
geng orang asli mahmeri di pulau perhentian...suut+bajau hahahahahha
Ni lah geng3 kami 9 org termasuk jurugambar hehehehhehehe. Apapun mereka best. byk cakap & merapu hehehhehehehhehehe.
Ini lah aktiviti yg ada.....
geng snorkeling hehehe..peace

Best!

terbalik lah pulak hehehhee


Suka suka pokok kelapa...

selama 2 hari kat sini...rasa xnak balik huhuhuhu. kalau lah laut belakang kg aku mcm sini sungguh aku xnak keluar dr kg hehehe. rasa tenang & tido pun lena jek....best sgt3..... apa pun thn depan mari lah kita cuti3 ke pulau lg. mcm x larat nak ke sana sini tp masih ada impian nak kesana sini yg belum tercapai...sebab aku dpt rasanya kalau sudah berrumahtangga nanti aku x de peluang utk ketempat3 yg aku nak g dgn kawan3. harapnya tahun depan semua tercapai. 

JOM CUTII3 MALAYSIA ....